AKTIVITI

Perlantikan Pengawas 2011

17 Januari, satu majlis ringkas Perlantikan Pengawas bagi tahun 2011 telah dijalankan di Dataran Ilmu, SK Bukit Beruang, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Rashid Ismail, Penolong Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Melaka. Beliau juga telah menyampaikan watikah kepada barisan pengawas sekolah.

Seramai 67 pengawas dan pustakawan termasuk 10 orang pengawas muda telah dilantik. Barisan pengawas pada tahun ini dipimpin oleh Azrie Ezaidee Bin Rohaidee dan dibantu oleh Nurul Ashikin Binti Nasir dan Ubai Naim Bin Hj Syazani. Menurut En. Khariman Khazali, selaku guru pengawas, pemilihan barisan kepimpinan pengawas pada tahun ini dijalankan melalui undian berdasarkan bakat dan kepimpinan yang dijalankan pada Jumaat lalu. Calon-calon kepimpinan pengawas dikehendaki menyampaikan ucapan tanpa menggunakan teks dihadapan warga SKBB sebelum undian dijalankan.

Berikut adalah paparan gambar bagi majlis tersebut;


MAJLIS   PELANCARAN NILAM TAHUN 2011
Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2011 telah diadakan pada 31 Januari  2011  , Hari Isnin. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Khalib b Khatim, Pegawai BTPN Melaka



Tuan Haji Khalib bin Khatim menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya menjawab kuiz yang beliau adakan






PROGRAM SEKOLAH KU HEBAT

Pada 31 Mac 2011 SK Bukit Beruang telah dikunjungi oleh pihak ASTRO  dan disertai oleh beberapa artis popular untuk rakaman Program SekolahKu Hebat yang akan ditayangkan  dalam siaran astro saluran Ceria 611.










PERKHEMAHAN 2011
Lokasi: Bukit Batu Lebah, Kg Bukit Senggeh, Jasin, Melaka.
Tarikh: 24 - 26 Jun 2011

Terima kasih kepada pihak-pihak terlibat yang telah menjayakan aktiviti ini:
  1. Jabatan Hutan, Bukit Batu Lebah, Melaka
  2. JPAM, Melaka
  3. Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang, Melaka.
  4. Guru-guru dan ahli keluarga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Berikut adalah beberapa paparan aktiviti disepanjang perkhemahan tersebut:





Program Keselamatan Sekolah 2011

Pada 11 Januari yang lalu, telah dijalankan Program Keselamatan Sekolah bagi tahun 2011. Program ini telah dijayakan bersama pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka, Klinik Kesihatan Ayer Keroh dan Balai Bomba & Penyelamat Ayer Keroh. Berikut adalah paparan gambar bagi aktiviti tersebut.


Ceramah Keselamatan jalan raya oleh Pn. Norfazliana Mohd Nor


















Persiapan untuk memadam kebakaran




Murid pendidikan khas juga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini











Murid diberi peluang untuk menaiki jentera bomba